Hello pretty hollo handsome ! welcome to my colourful blog and thanks for read my buruks blog T.T.

Friday 13 January 2012

BERTUDUNG ITU WAJIB ANAK ANAK :)

Assalamualaikum , hello hello ! orang tak bertudung jahat ? Betul ker ? Okay kali nie aku nak cite sikit pasal orang yang x bertudung maksud nye yang nampak  kau punye rambut yang kaler pink laa brown laa ade yang macam kene air berkarat pun ade , So ape masalah kau dyeorg nak buad macam tuh ? Mak bapak kau punye duit ker ? Tak kan so tutup laa mulot kau yang macam longkang tuh okay ! *agak emo sikit , peduli ape aku , wat lek wat peace V .
  
  Actually aku rase orang yang bertudung ker x bertudung ker tapi kalau perangai serupa tahi tak sopan jugak mate orang nak pandang kan even kau bertutup litup sekalipun :) Ohh aku siape nak bercakap macam nie ? Aku manusia biase yang x lari dari kesilapan :) 
  
 FORGET IT ! siape yang x nak jadi mansia yang baik dimate masyarakat kan , semua orang nak even yang dah tua pun still lagi nak menjadi manusia yang sentiase beriman bertaqwa disisi ALLAH swt :) Malah aku sendiri terkejar kejar , tergapai gapai nak mencari jalan yang benar , menjadi manusia yang berguna ! 

Kadang kadang aku sendiri pelik kenape mesti nak pandang serong dekat wanita yang x bertudung ? And jangan ingat orang yang x bertudung nie x baik okay :) Yes memang nampk aurat , BERDOSA BESAR ! Setiap manusia nak berubah , tapi dek lalai dengan dunia yang semakin maju nie hati kau dah jadI GELAP ! Aku sendiri berdoa dekat ALLAH supaya aku menemui jalan yang benar , tapi kalau kita sendri x berusaha bende tuh semua x kan jadi kan ? So orang orang kat lua sane please jangan pandang serong pada wanita yang X BERTUDUNG :)  

 Ingat kalau nak berubah niat tuh mesti niat kerana ALLAH  bukan niat sebab boipren korang ker abang angkat orang ker , yelaa kalau tak bertudung kang heboh la masing masing na break sebab girpren x pakai tudung , takot nanti mak mentua korang x suke :) Itu laa name nye HIPOKRIT ! please jadi diri sebenar korang :) Ape yang aku bole cakap kat cni , x kire laa laki tuh perangai macam ape sekalipun dyeorang tetap nak isteri dyeorang yang BERTUDUNG :) bertudung je sekalipun x cukop tapi nak yang beriman pada allah dan pada mereka jugak yang bernama suami :) INGAT TUH OKAY ! Allah sentiase bukak pintu hati pada umat umat nye , so belum terlambat untuk aku , kau dan kau kembali kepada jalan yang benar , jalan yang lurus :D
Assalamualaikum :3


3 comments:

  1. Assalamualaikum, bertudung dan menutup aurat bukan pilihan, itu perintah Allah SW, kepada wanita-wanita beriman, anda bertaqwa, maka ikutlah perintah Allah.

    1. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
    ( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #31)

    2. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    ( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #59)

    3. Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    ReplyDelete
  2. bila nak pakai tudung ni ? hoho

    ReplyDelete
  3. doakan saye pakai tudung okay :) cuma belum terbuka je lagi :) insyallah akan datang :) terima kasih :)

    ReplyDelete